Update - Ceramah Pakatan Rakyat

27 May 2010

Ceramah Pakatan Rakyat

Tarikh - 30 Mei 2010
Tempat - Dewan Pangsapuri Sri Nervellia,
Jalan Anggerik Nervellia
31/166 Kota Kemuning
Seksyen 31, Shah Alam


Penceramah - YB Dr Mohd Hatta Mohd Ramli
Ahli Parlimen Kuala Krai

- YB Ng Suee Lim
Adun Sekinchan

Read more...

Kempen Doa Laknat Kepada Konspirasi Membeli Wakil-Wakil Rakyat PKR

05 May 2010

Saya menyeru kepada sekelian penyokong Pakatan Rakyat serta pengundi untuk menjayakan projek ini. Yakni mendoakan laknat semua yang terlibat dalam pembelian serta perlompatan wakil rakyat dan pimpinan PKR.

Oleh kerana majoriti yang melompat adalah Melayu dan mengaku Islam maka haruslah doa ini sesuai dengan mereka yang pelompat.

Kalau si pelompat melompat atas dasar prinsip, maka mereka tiada sebab untuk risau dengan doa ini.

Doanya adalah:

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.

Maka, kami memohon, Ya Allah, dan meminta supaya kao menurunkan bala yang serupa dengan bala kaum Nabi Nuh dan Nabi Hud ke atas mereka-mereka yang bersengkongkol di dalam usaha membeli wakil-wakil rakyat dan pimpinan PKR ini. Kami memohon Kau turunkan bala Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud kepada mereka yang membeli, yang dibeli dan yang membantu proses pembelian ini. Tidak kira siapa orang itu dan dari parti mana orang itu.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau adalah Maha Berkuasa ke lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMINNNNN”

Sekiranya UMNO dan kuncu2 PKR tidak terlibat dalam politik wang ini, maka mereka tidak ada apa-apa yang perlu mereka risaukan dari doa ini.

Doa ini hanya untuk mereka yang terlibat dalam pembelian serta merelekan diri mereka dibeli yang seterusnya membawa kepada “lompat parti”. Kalau mereka melompat atas dasar prinsip, maka mereka tidak perlu risau akan doa ini.

TAPII, kalau mereka ada menerima walau satu sen pun hasil dari perlompatan mereka, maka bersiap sedialah kamu untuk menghadapi apa apa kemungkinan sekiranya doa ini termakbul.

Kepada pembaca yang membaca doa ini, diminta di AMINNN kan doa ini.

POLITIK WANG AKAN MENYEBABKAN AGAMA DAN BANGSA TERGADAI

Lee Kuan Yew pernah sebut dengan SD80 juta beliau boleh beli satu UMNO. Kalau budaya beli membeli ini kita biarkan berterusan satu hari nanti negara dan agama kita akan tergadai kepada orang asing dan kuasa asing.

Maka, jangan ingat usaha ini adalah untuk menyokong PKR atau Anwar Ibrahim. Usaha membuat doa ini adalah memerangi POLITIK WANG bagi menjaga serta mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan negara kita.

Kawan saya di Singapura berkata beliau yakin sekurang-kurangnya 40% UMNO telah pun dibeli Lee Kuan Yew. Dan tidak mustahil projek membeli pimpinan PKR ini pun idea datang dari Singapura.

HANYA PROJEK MEMBELI WAKIL RAKYAT PKR SAHAJA YANG BERJAYA

Setakat ini, segala usaha UMNO/BN untuk memporak peranda PAkatan Rakyat telah gagal. Fitnah terhadap DAP dan kononnya DAP anti Melayu semakin gagal.

Percubaan membawa PAS masuk BN pun berjumpa dengan jalan buntu. Usaha mereka yang terakhir adalah dengan membeli pimpinan serta wakil2 rakyat PKR. Setakat ini, itu sahaja yang berjaya. Cumanya, kesan kepada pengundi sudah semakin hilang. PEngundi pun tak kesah berapa ramai pimpinan PKR yang keluar kerana mereka sedar pelompat2 ini telah dibeli.

Wakil Bakar Arang pula melompat sebab dia takda maruah. Marah kena pecat dari Exco, maka dia melompat keluar parti.

TIADA YANG MELOMPAT PARTI setakat ini melakukannya atas dasar prinsip perjuangan. Dan juga, pelompat-pelompat ini melompat berseorangan diri. Tiada ahli atau pengikut yang mengikuti mereka.

Contohnya, hanya dua ahli PKR Bayan Baru yang mengikut Zahrain keluar dari PKR. Tiada ahli yang mengikut Adun Bakar Arang keluar parti. Tiada ahli yang mengikut Zul Noordin keluar PKR. Tiada ahli yang mengikut si Fairus keluar parti juga.

Ini bererti tiada siapa kesah pada para pelompat. Dan mereka sendiri tidak dapat meyakinkan ahli di kawasan mereka terhadap sebab mereka.

Mereka melompat sebab mereka mendapat tawaran yang begitu besar. Itu sahaja. Bodohlah orang yang mengikuti mereka ini.

Tulang Besi

Read more...

Peguam Perancis Di KL Siasat Scorpene

28 April 2010

Dari MalaysiaKini

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.
Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.
Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.
Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.
Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel – yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.
Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.
Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.
Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.
Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.
Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.
Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.
Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.
Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.
Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.
Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.
“Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?” soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.

Read more...

Blog Archive

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP