Peguam Perancis Di KL Siasat Scorpene
28 April 2010
Dari MalaysiaKini
Dari MalaysiaKini
Calon | Parti | Jumlah Undi |
---|---|---|
Datuk Zaid Ibrahim | 7162 | |
P.Kamalanathan | 6063 |
Jumlah Pengundian | Peratus Pengundian | Majoriti |
---|---|---|
13225 | 21% | 1099 |
KUALA KUBU BARU, 20 April: “Pasal apa saya rela dikutuk? Sebab saya mau jaga rakyat,” kata Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat untuk calon kerusi parlimen Hulu Selangor untuk pilihanraya kecil yang akan berlangsung 25hb April ini.
Zaid berkata demikian apabila bertemu dengan lebih kurang 50 pekerja estet di Pekan Kerling, semalam, di mana beliau berkongsi harapannya untuk membela pengundi-pengundi Hulu Selangor. Katanya, walaupun Hulu Selangor diwakili oleh MIC untuk tiga penggal, nasib peladang di estat, terutamanya orang India, tidak berubah.
“Sudah berapa tahun MIC kata jaga orang India? Di Hulu Selangor sudah berapa tahun di Parlimen? Di estet ini gaji berapa?” beliau bertanya.
“Apa yang boleh MIC jaga? Mereka tidak boleh jaga orang India sebab dia takut Umno punya orang. Umno besar lagi (daripada MIC),” katanya apabila dijawab para hadirin yang pekerja estet itu hanya bergaji RM500 sebulan.
“Yang RM300, RM600 sebulan itu ada ramai, beribu-ribu mereka di Malaysia. Kalau kita mahu jaga orang India di Malaysia ini, tidak boleh harapkan MIC,” beliau menyambung.
“Saya orang Melayu, tapi saya boleh jaga (orang keturunan India yang miskin), sebab saya dulu pun RM300 sebulan pun susah,” kata Zaid, yang mengaku dirinya membesar di kampung yang miskin. Katanya, walaupun tidak mengenal Hulu Selangor dengan terperinci, beliau kenal dengan nasib orang miskin dan berjanji membela nasib orang miskin di Hulu Selangor.
“Itu sebab Umno takut sama saya. Ooooohhhh… banyak takut! Hari-hari dia ‘pukul’ saya. Dia takut kerana dia sudah samun harta. Dia takut sama saya sebab kami mau harta kerajaan bagi rakyat.”
Walaupun miskin, undi orang miskin juga kira, Zaid bertekan. “Undi itu satu saja. Kita jangan takut. Kalau (BN) datang bagi duit, ambil sahajalah – minta lebih, itu rakyat punya wang. Tapi jangan sia-sia, jangan buang undi ini.”
Beliau mengingatkan hadirin sekalian yang mereka boleh menolaknya selepas satu penggal jika tidak berpuas dengan perwakilan beliau di Parlimen. “Saya percaya, kalau orang keturunan India di Hulu Selangor memilih saya, saya akan jaga dia. Sekurang-kurangnya kerana saya berani bersuara. Saya tak takut MIC, Umno. Calon MIC, dia takut Umno. Dia mahu jadi menteri. Saya mau jaga rakyat.”
“Saya dulu menteri,” kata Zaid. “Sekarang tiada, saya tak mahu lagi. Saya lebih suka jaga rakyat. Tapi pasal apa saya susah-susah? Pasal apa saya boleh terima segala kecaman, tiap-tiap hari, saya rela dikutuk? Sebab saya mahu jaga rakyat.”
Zaid terus mencabar para hadirin dengan mengacukan jari kepada semua yang hadir dengan bertanya: “Kalau saya takut… dan ini, ini, kamu, kamu, kalau kamu takut, siapa mahu jaga rakyat?”
“Ahad ini, jangan takut. Undi saya, nombor empat,” Zaid berseru. “Pada hari Ahad ini, keluarlah beramai-ramai. Tolong beritahu semua di kawasan ini yang kita boleh ubah politik Malaysia ini, kita boleh ubah negara ini.
Sesi beliau dengan pekerja estet diakhiri dengan laungan “Reformasi” dan “Jatuhkan BN!” Beliau kemudian mengunjungi rumah-rumah di sekeliling estet tersebut, termasuk Kampung Baru Air Panas yang berdekatan.
HULU SELANGOR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.
“Saya sudah mintak maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor.
“Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu. Kalau Umno hendak mainkan isu ini kerana mereka itu malaikat terpulanglah,” katanya pemberita selepas menunaikan solat asar di masjid Kerling di sini hari ini.
Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.
Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini
Mengulas lanjut isu berkenaan, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru berkata, apa pun kelemahan dan ketidaksempurnaannya sebagai seorang manusia beliau masih mampu menjadi wakil rakyat yang baik dan memperjuangkan hak rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya kecil ini.
“Saya tidak kisah jika Umno hendak serang peribadi saya..serang lah mereka tak perlu berhenti.Mereka ada tujuh hari lagi untuk serang saya.
“Apa yang silap itu silaplah, saya tidak lari daripada kebenaran. Saya tidak hipokrit dan bukan macam mereka. Bila saya silap saya mengaku tapi mereka tidak mereka angkuh,” ujarnya.
Zaid percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai sama ada beliau layak atau tidak menjadi wakil rakyat di sini.
“Kalau saya layak saya akan menang, kalau tidak layak saya kalah. Itu sahaja,” katanya.
Ditanya bila beliau berhenti daripada amalan minum arak itu Zaid berkata: “Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi.”
Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata beliau tidak perlu bersumpah untuk membuktikan dia tidak pernah minum arak.
“Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam Umno itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mencabar bekas menteri Kabinet itu supaya bersumpah bagi membuktikan beliau tidak pernah minum arak. - Mstar
* Kartika bukan main UmnoBn julang, bagai diva lagi...
Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 8 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen semalam tetap dengan pendirian bahawa tindakan beliau menyebut ‘Umno-APCO, APCO-Umno’ di Dewan Rakyat bukan merupakan satu kesalahan. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, perkataan Umno dan APCO bukan termasuk dalam kategori perkataan unparliamentary malah ia sering kali digunkan sewaktu perbahasan dalam dewan. "Dua perkataan yang saya sebut ini tidak menjadi satu kesalahan. Umno dan APCO bukan perkataan unparliamentary tapi dua perkataan yang memang wujud. Bukan perkataan yang bersifat lucah atau tidak baik dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam dewan," katanya kepada pemberita di lobi parlimen semalam. Sebelum itu, Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat keputusan melalui undian suara untuk merujuk beliau ke jawatankuasa berkenaan selepas berulang kali menyebut perkataan Umno-APCO, APCO-Umno. Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz itu. Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan. Mahfuz juga berkata, respons tidak senang wakil Barisan Nasional khususnya Umno dengan slogan itu menunujukkan mereka tertekan dengan pendedahan yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga beberapa wakil PR yang lain. “Mereka menghadapi tekanan kuat atas pendedahan yang dibuat oleh (Datuk Seri) Anwar dan Ahli Parlimen Pakatan yang lain tentang soal tergugatnya kedaulatan negara kita akibat penyerahan beberapa sektor strategik ataupun projek-projek dalam sektor strategik membabitkan institusi strategik negara ini kepada pihak yang ada kaitan dengan Israel,” katanya. Menyentuh mengenai keputusan Speaker Dewan Rakyat pula, beliau berkata, Wan Junaidi diilihat keliru dan tidak tegas dengan keputusan itu. “Saya tidak mahu mempersoalkan kuasa Speaker tapi semua orang boleh lihat tadi (semalam) bagaimana flip-flop yang dilakukan beliau. Mula-mula menerima undi kemudian mengatakan usul itu salah bila ditentang oleh rakan-rakan saya dalam Pakatan. Kemudian minta saya tarik balik. Kemudian habis begitu sahaja. Kemudian kata biarlah jawatankuasa pilihan yang tentukan sedangkan sebelum itu sudah pun dikatakan bahawa usul 36(12) itu terbatal kerana ia tidak memenuhi apa yang dikatakan,” katanya. |
Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendedak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.
Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.
Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai.
"Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.
"IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.
Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang.
IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010.
Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.
IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889.
Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi. -SK
Petikan dari Kenyataan Media IPU
Senator Aquilino Pimentel, President of the Committee of the Human Rights of Parliamentarians of the Inter-Parliamentary Union (IPU), gave his report to the IPU Governing Council on the last day of the 122nd Assembly in Bangkok. The Committee had examined the individual situations of 293 parliamentarians in 32 countries, among them public cases in Afghanistan, Bangladesh, Belarus, Burundi, Cambodia, Colombia, the Democratic Republic of the Congo, Ecuador, Eritrea, Lebanon, Madagascar, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Niger, Palestine/Israel, the Philippines, the Russian Federation, Rwanda, Sri Lanka, Turkey and Zimbabwe.
After talks with the parliamentary delegation from Afghanistan, Senator Pimentel said that the prosecution of Afghan MP Ms. Malalai Joya for a statement she had made would be closed and that, if she wished, she could run in the elections in Afghanistan later this year. The President of the Committee on the Human Rights of MPs hoped that “in the few months between now and the elections, the Afghan Parliament will reinstate Ms. Joya as a symbolic gesture”.
Among the new cases presented to the IPU Governing Council, Senator Pimentel pointed out the case of Mr. Anwar Ibrahim of Malaysia, currently de facto leader of the opposition Peoples Alliance. The IPU Committee dealt with Mr. Ibrahim's case some years ago when he was prosecuted and found guilty of abuse of power and sodomy.
Senator Pimentel explained that although Anwar Ibrahim had been officially barred from standing in elections until April 2008, he had in fact been able to campaign in the March 2008 elections. He was finally re-elected in a by-election on 26 August 2008. Earlier the same month, a new sodomy charge was brought against him and trial proceedings started in February this year. “The investigation and the proceedings seem to suffer from the same flaws as in the previous sodomy case” he added.
Turning to the cases of twelve MPs-elect imprisoned in Myanmar, Mr. Pimentel called on the Myanmar authorities to ensure that the elections were inclusive, free and fair. That, he said, would require that they change the recently enacted electoral laws. “With the elections drawing to a close, time is running short”.
The IPU Committee also reported on numerous other cases occurring on other continents. In Africa, for example, the case of the parliamentarians arrested and detained after the National Assembly of Niger was dissolved last year reached a satisfactory solution after the Committee sent a delegation to Niamey to meet President Tanja and the parliamentarians. The situation in Niger remains unpredictable, however, after the military took power in February and dissolved the parliament.
KUALA LUMPUR, 1 April: Mangsa tembakan polis, Norizan Salleh hari ini hadir ke parlimen bagi sekali lagi menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein.
Serahan yang ke sekian kalinya hari ini ekoran tiada sebarang respon balas dari kerajaan setelah beberapa memorandum sama diserahkan sejak Januari lalu.
Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Feb dan selepas itu ke Suhakam pada 11 Februari.
Difahamkan Suhakam bagaimanapun telah memanjangkan perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun masih tiada tindakan.
Ekoran itu, beliau kemudian memanjangkan perkara itu kepada Hishamudin pada 25 Februari di pejabat KDN, Putrajaya, namun gagal.
Dan hari ini beliau sekali lagi hadir ke parlimen bagi tujuan sama.
"Saya datang hari ini untuk mengetahui kenapa saya ditembak pada malam tersebut.
"Sebab sampai sekarang saya tidak tahu sebabnya, dan saya sangat terkejut dengan peristiwa itu," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Pada awal pagi 30 Oktober 2009, Norizan telah ditembak polis ketika berada dalam kereta dan ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya.
Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.
© Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP